Marketing dengan Blog
Adakah anda mengalami situasi begini?
Buat FB Ads, masa mula-mula leads banyak masuk dan boleh close. Tapi lama-kelamaan kos iklan makin mahal dan leads yang masuk makin sedikit.
Tiba-tiba suatu hari iklan disapproved, habis semua sangkut.
Bila leads tak masuk, sales sangkut. Bila sales sangkut? Habis tak ada income masuk. Stress bukan?
Atau,
Buat free cost marketing, post group ke group, page ke page. Tiba-tiba je facebook hantar notis Your account has been ban for 2 weeks, 3 weeks atau kadang-kadang sebulan terus.
Sekarang dari mana lagi nak cari sales? Semua makin mahal dan facebook kena ban.
Apa alternatif yang kita boleh buat?
Cara lain ialah kita nak tak nak kena dapatkan leads baru setiap hari. Tanpa henti sebab leads adalah nadi bagi setiap bisnes.
Tanpa leads baru, maka tak adalah sales baru masuk.
Dan berdasarkan pengalaman dan kajian saya: cara yang mudah, percuma dan konsisten untuk dapatkan leads baru secara konsisten ialah dengan?
BLOG.
Kenapa blog?
Mudah, bila kita ada masalah, bila kita nak tahu pasal produk perkara pertama yang kita akan buat ialah apa?
Google je, betul?
Keluar result dalam Google (atau lebih tepat panggil SERP = Search Engine Result Page)
Dalam page tu kalau ada blog kita lalu orang klik dan baca kandungan dalam blog kita lalu hubungi kita berkaitan dengan apa yang kita jual.
Sudah dapat satu leads.
Itu baru satu, kalau ada 5 orang, 10 orang atau banyak lagi? Berapa banyak sales yang kita boleh jana?
Dan semua itu adalah percuma. Bayangkan kalau di FB Ads, berapa banyak yang perlu kita spend untuk dapatkan leads sebanyak itu?
Katakanlah satu leads RM10, kalau kita nak 10 leads sehari daripada FB maka kita kena spend RM100 sehari.
Itu baru sehari, kalau sebulan? Dah RM3,000.Sekarang bayangkan kita dapat 300 leads percuma setiap bulan, kita dah jimat RM3,000 di situ betul?
Bunyi macam mustahil tetapi itulah yang berlaku kepada bisnes mak saya, kawan saya. Hampir setiap hari ada nombor baru masuk, hari-hari ada sales.
Contoh terdekat yang saya boleh bagi ialah produk kurus kawan saya jual iaitu Lemontab.
Cuba google Lemontab.
Kalau anda terjumpa blog lemontabfereena.com berada di 1st page maka itulah blog salah seorang kawan saya.
Dan banyak lagi blog-blog lain yang saya buat atau bantu. Bisnes servis jahit langsir, bisnes renovate rumah, bisnes ubat kuat dan macam-macam lagilah.
Jadi macam mana nak dapatkan leads percuma ni?
Salah satu caranya ialah dengan ialah buat je blogspot free. (Kenapa blogspot bukan wordpres atau sebagainya, semuanya ada sebab tersendiri.)
Letak nama keyword nama produk dan kawasan (jika anda buat COD) pada domain, sebagai contoh:
lemontab.blogspot.com
Atau lemontabkedah.blogspot.com
Dan post tentang produk yang kita jual.
Pastikan kita tulis content menggunakan bahasa melayu yang penuh, tiada tulisan singkatan. Content berkaitan dengan produk kita, manfaat produk, siapa yang sesuai beli, apa masalah yang produk kita selesaikan dan sewaktu dengannya.
Ibarat closing di WhatsApp, tetapi kita letak ayat closing pada blog.
Segala info tentang produk ada.
Apa Langkah Seterusnya?
Itu baru satu, ada banyak lagi cara yang kita boleh buat untuk dapatkan leads lebih banyak lagi, supaya sales kita semakin bertambah.
Jadi jika anda berminat untuk belajar lebih dalam maka saya menjemput anda untuk sertai group coaching...
Marketing dengan Blog
Panduan lengkap dari A sampai Z tentang bagaimana kita nak dapatkan leads percuma yang berterusan menggunakan blog.
Apa yang anda akan belajar?
- Market Research: Untung sebelum mula
- Membina marketing plan yang convert
- Cara buat blog guna WordPress
- Beli domain RM4
- Beli hosting
- Beli pakej domain + hosting yang murah
- Install plugin yang perlu
- Optimize website supaya mesra pembaca dan carian
- Bina content yang convert
- Bina backlink supaya dapat traffic percuma secara berterusan
- Bonus: apa sahaja berkaitan dengan blog atas permintaan anda jika mahu.
Group Coaching akan berjalan di dalam Facebook Group dan setiap topik akan ada sesi Q & A. Anda wajib report progress apa yang dah buat atau kalau anda stuck di mana-mana dan kita akan selesaikan sama-sama. Anda tidak dibiarkan begitu sahaja.
Apa yang penting setelah habisnya group coaching ini, anda akan ada sebuah blog .com sendiri.
Tetapi berita buruknya...
Group coaching hanya terbuka untuk 10 orang sahaja.
Kenapa sikit sangat?
3 Sebab:
- Sebab saya nak betul-betul nak setiap seorang berjaya buat blog sendiri serta berjaya dapatkan leads daripada blog. Itulah fokus utama saya sekarang, untuk bantu anda berjaya. Kalau terlalu ramai saya tak boleh beri perhatian sepenuhnya kepada setiap seorang.
- Sebab saya tak pernah buat group coaching lagi, ini adalah kali pertama. Jadi mungkin ada banyak kekurangan sebab itu saya buat dalam bilangan yang kecil sahaja. Untuk perbaiki dari semasa ke semasa. Sebelum ini saya hanyalah buat servis kepada klien terpilih sahaja.
- Dan paling penting saya nak feedback daripada anda. Feedback yang saya dapat nanti memberi tahu sama ada saya apa yang perlu diperbaiki, apa yang perlu ditambah atau dibuang.
Dan bukan semua orang layak sertai group coaching ini, ada syaratnya...
Syarat
- Ada gmail yang aktif, sebab kita akan banyak guna servis/produk Google.
- Ada kad debit/kredit yang boleh buat online payment.
- Ada pc/laptop sendiri supaya boleh buat kerja dengan mudah, sebab kita akan banyak buat kerja teknikal.
- Sediakan modal RM200 untuk membeli domain dan hosting sendiri nanti. Ikutkan RM100 sudah mencukupi untuk domain + hosting sahaja. Tapi nak selamat sediakan bajet lebih untuk beli plugin page builder memudahkan kita buat funnel akan datang.
Sekarang anda mungkin tertanya-tanya...
Berapakah Yurannya?
Kalau saya letak RM3,000 pun berbaloi sangat. Sebab?
RM3,000 itu kita hanya perlu spend sekali tetapi dapat hasil, dapat leads, dapat sales berterusan secara percuma selagi mana blog kita hidup dan produk/servis yang kita jual itu ada permintaan.
Berbanding kalau kita spend iklan RM100 sehari kalau sebulan dah RM3,000 kalau setahun dah RM36,000.
Jika dibandingkan RM36,000 setahun dan RM3,000 sekali bayar sahaya sudah tentu ramai yang akan pilih RM3,000 betul?
Sebab dengan spend RM3,000 sahaja kita dah dapat sesuatu yang nilainya RM36,000 atau lebih.
Jadi yuran RM3,000 sangatlah murah kalau nak dibandingkan RM36,000 setahun.
Tapi saya faham, tak ramai yang mampu untuk spend RM3,000 terus.
Jadi, untuk group coaching pertama saya ni saya open hanya RM300 sahaja.
Dan khas untuk anda yakni 3 orang terawal, saya offer pada...
RM150 sahaja
Perhatian: Group Coaching ini akan berlangsung modul demi modul supaya anda dapat hadam satu per satu modul dengan mudah.